Wahai kawan-kawan ku tersayang... Bersyukurlah hari
ini kita dilimpahkan nikmat2 dan masih hidup. Cuba fikir-fikirkan berapa banyak
tanda-tanda dibawah telah menghampiri kita.... Na'uzubbillah. Antara
tanda-tanda KIAMAT berdasarkan
hadis:
1) Penaklukan Baitulmuqaddis. Dari Auf b. Malik lah.a.
katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda: "saya menghitung 6 perkara menjelang - hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1 di
antaranya, iaitu penaklukan
Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari
2) Zina bermaharajalela."Dan tinggallah manusia2
yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka
pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman
akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka.
" Ada yang bertanya kepada Rasulullah;
"Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab;
"Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi
wanita" - Ibnu Majah
4) Menghias masjid & membanggakannya. "Di
antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat -Nasai.
5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &
hubungan dengan tetangga tidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga
banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap
yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
6) Ramai orang soleh meninggal dunia. "Tidak akan
datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik & ahli
agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina
dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari
kemungkaran" - Riwayat Ahmad
7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka' (orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika
itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" - Riwayat
Thabrani
8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya
sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat
ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad
9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya
telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah lah.a. "Di antara
tanda-tanda telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila
mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara
tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan
sabit." - Riwayat Thabrani
11) Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan
berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang
kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar & belum
pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu
dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih
Muslim
12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang
benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar." - Riwayat Ahmad
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!