Seorang telah
datang menemui Rasulullah s.a.w. dan
telah menceritakan kepada Baginda s.a.w. tentang
kelaparan yang dialami olehnya. Kebetulan pada ketika itu Baginda s.a.w. tidak mempunyai suatu apa makanan
pun pada diri Baginda s.a.w. mahupun di
rumahnya sendiri untuk diberikan kepada orang itu. Baginda
s.a.w. kemudian bertanya kepada para sahabat, "Adakah sesiapa
di antara kamu yang sanggup melayani orang ini sebagai tetamunya pada malam ini
bagi pihak aku? "Seorang dari kaum Ansar telah menyahut, "Wahai Rasulullah s.a.w. saya sanggup melakukan seperti kehendak tuan
itu."
Orang Ansar itu
pun telah membawa orang tadi ke rumahnya dan menerangkan pula kepada isterinya
seraya berkata, "Lihatlah bahwa orang ini ialah tetamu Rasulullah s.a.w. kita mesti melayaninya dengan
sebaik-baik layanan mengikut segala kesanggupan yang ada pada diri kita dan
semasa melakukan demikian janganlah kita tinggalkan sesuatu makanan pun yang
ada di rumah kita. “Lalu isterinya menjawab, "Demi Allah! Sebenarnya daku tidak ada menyimpan
sebarang makanan pun, yang ada cuma sedikit, itu hanya mencukupi untuk makanan
anak-anak kita di rumah ini ?"
Orang Ansar itu
pun berkata, "Kalau begitu engkau tidurkanlah mereka dahulu (anak-anaknya)
tanpa memberi makanan kepada mereka. Apabila saya duduk berbual-bual dengan
tetamu ini di samping jamuan makan yang sedikit ini, dan apabila kami mulai
makan engkau padamlah lampu itu, sambil berpura-pura hendak membetulkannya
kembali supaya tetamu itu tidak akan ketahui bahwa saya tidak makan
bersama-samanya.
“Rancangan itu
telah berjalan dengan lancarnya dan seluruh keluarga tersebut termasuk
kanak-kanak itu sendiri terpaksa menahan lapar semata-mata untuk membolehkan
tetamu itu makan sehingga berasa kenyang. Berikutan dengan peristiwa itu, Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud, "Dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin) atas
diri mereka sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan."
(Al-Hasy : 9)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!