Kerajaan Nabi
Sulaiman a.s. dikala itu sedang mengalami musim kering yang begitu panjang.
Lama sudah hujan tidak turun membasahi bumi. Kekeringan melanda di mana-mana.
Baginda Sulaiman a.s. mulai didatangi oleh ummatnya untuk dimintai pertolongan
dan memintanya memohon kepada Allah s.w.t. agar
menurunkan hujan untuk membasahi kebun-kebun dan sungai-sungai mereka. Baginda
Sulaiman a.s. kemudian memerintahkan satu rombongan besar pengikutnya yang
terdiri dari bangsa jin dan manusia berkumpul di lapangan untuk berdo'a memohon
kepada Allah s.w.t. agar musim kering
segera berakhir dan hujan segera turun.
Sesampainya
mereka di lapangan Baginda Sulaiman a.s. melihat seekor semut kecil berada di
atas sebuah batu. Semut itu berbaring kepanasan dan kehausan. Baginda Sulaiman
a.s. kemudian mendengar sang semut mulai berdoa memohon kepada Allah s.w.t. penunai segala hajat seluruh
makhluk-Nya. "Ya Allah pemilik segala khazanah, aku berhajat
sepenuhnya kepada-Mu, Aku berhajat akan
air-Mu, tanpa air-Mu ya Allah
aku akan kehausan dan kami semua kekeringan.
Ya Allah aku berhajat sepenuhnya pada-Mu akan air-Mu,
kabulkanlah permohonanku", do'a sang semut kepada Allah s.w.t. Mendengar doa si semut maka Baginda
Sulaiman a.s. kemudian segera memerintahkan rombongannya untuk kembali pulang
ke kerajaan sambil berkata pada mereka, "Kita segera pulang, sebentar lagi
Allah s.w.t. akan menurunkan hujan-Nya kepada kalian. Allah
s.w.t. telah mengabulkan permohonan seekor semut". Kemudian
Baginda Sulaiman dan rombongannya pulang kembali ke kerajaan.
Suatu hari
Baginda Sulaiman a.s. sedang berjalan-jalan. Ia melihat seekor semut sedang
berjalan sambil mengangkat sebutir buah kurma. Baginda Sulaiman a.s terus
mengamatinya, kemudian beliau memanggil si semut dan menanyainya: "Hai
semut kecil untuk apa kurma yang kau bawa itu?. Si semut menjawab, Ini adalah
kurma yang Allah s.w.t. berikan kepada
ku sebagai makananku selama satu tahun. Baginda Sulaiman a.s. kemudian
mengambil sebuah botol lalu ia berkata kepada si semut, "Wahai semut
kemarilah engkau, masuklah ke dalam botol ini aku telah membagi dua kurma ini
dan akan aku berikan separuhnya padamu sebagai makananmu selama satu tahun.
Tahun depan aku akan datang lagi untuk melihat keadaanmu".
Si semut taat
pada perintah Nabi Sulaiman a.s.. Setahun telah berlalu. Baginda Sulaiman a.s.
datang melihat keadaan si semut. Ia melihat kurma yang diberikan kepada si
semut itu tidak banyak berkurang. Baginda Sulaiman a.s. bertanya kepada si
semut, "Hai semut mengapa engkau tidak menghabiskan kurmamu"
"Wahai Nabiullah, aku selama ini hanya menghisap airnya dan aku banyak
berpuasa. Selama ini Allah s.w.t. yang
memberikan kepadaku sebutir kurma setiap tahunnya, akan tetapi kali ini engkau
memberiku separuh buah kurma. Aku takut tahun depan engkau tidak memberiku
kurma lagi kerana engkau bukan Allah Pemberi Rizki
(Ar-Rozak), jawab si semut.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!