Suatu ketika
tatkala Rasulullah s.a.w. sedang bersiap
di medan perang Uhud, tiba-tiba terjadi hal yang tidak terduga. Seorang lelaki
yang bernama Amar bin Thabit telah datang menemui Baginda
s.a.w.. Dia rupanya ingin masuk Islam dan akan ikut perang bersama Rasulullah s.a.w. Amar ini berasal dari Bani
Asyahali. Sekalian kaumnya ketika itu sudah Islam setelah tokoh yang terkenal
Saad bin Muaz memeluk Islam. Tetapi Amar ini enggan mengikut kaumnya yang ramai
itu. Keangkuhan jahiliyyah menonjol dalam jiwanya, walaupun dia orang baik
dalam pergaulan. Waktu kaumnya menyerunya kepada Islam, ia menjawab,
"Kalau aku tahu kebenaran yang aku kemukakan itu sudah pasti aku tidak
akan mengikutnya." Demikian angkuhnya Amar.
Kaum Muslimin di
Madinah pun mengetahui bagaimana keanehan Amar di tengah-tengah kaumnya yang
sudah memeluk Islam. Ia terasing sendirian, hatinya sudah tertutup untuk
menerima cahaya Islam yang terang benderang. Kini dalam saat orang bersiap-siap
akan maju ke medan perang, dia segera menemui Rasulullah
s.a.w., menyatakan dirinya akan masuk Islam malah akan ikut
berperang bersama angkatan perang di bawah pimpinan Rasulullah
s.a.w. Pedangnya yang tajam
ikut dibawanya.
Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Amar
dengan sangat gembira, tambah pula rela akan maju bersama Nabi Muhammad s.a.w.. Tetapi orang ramai tidak
mengetahui peristiwa aneh ini, kerana masing-masing sibuk menyiapkan bekalan
peperangan. Di kalangan kaumnya juga tidak ramai mengetahui keIslamannya. Bagaimana
Amar maju sebagai mujahid di medan peperangan. Dalam perang Uhud yang hebat itu
Amar memperlihatkan keberaniannya yang luar biasa. Malah berkali-kali pedang
musuh mengenai dirinya, tidak dipedulikannya. Bahkan dia terus maju sampai
saatnya dia jatuh pingsan.
"Untuk apa
ikut ke mari ya Amar?" Demikian tanya orang yang hairan melihatnya, sebab
sangka mereka dia masih musyrik. Mereka kira Amar ini masih belum Islam lalau
mengikut sahaja pada orang ramai. Dalam keadaan antara hidup dan mati itu Amar
lalu berkata, "Aku sudah beriman kepada Allah
s.w.t. dan Rasul-Nya, lalu
aku siapkan pedangku dan maju ke medan perang. Allah
s.w.t. akan memberikan syahidah padaku dalam waktu yang tidak lama
lagi." Amar meninggal. Rohnya mengadap ke hadrat Illahi sebagai pahlawan syahid. Waktu hal ini
diketahui Rasulullah s.a.w. , maka Baginda s.a.w. pun bersabda,: "Amar itu nanti akan berada dalam syurga nantinya."
Dan kaum Muslimin pun mengetahui akhir hayat Amar dengan penuh
takjub, sebab di luar dugaan mereka. Malah Abu Hurairah r.a sahabat yang banyak
mengetahui hadist Rasulullah s.a.w. berkata
kaum Muslimin, "Coba kamu kemukakan kepadaku seorang yang masuk syurga
sedang dia tidak pernah bersyarat sekalipun juga terhadap Allah s.w.t.."
"Jika kamu
tidak tahu orangnya." Kata Abu Hurairah r.a lagi, lalu ia pun menyambung,
ujarnya, "Maka baiklah aku beritahukan, itulah dia Amar bin
Thabit." Demikianlah kisah seorang yang ajaib, masuk syurga demikian
indahnya. Ia tidak pernah sholat, puasa dan lain-lainnya seperti para sahabat
yang lain, sebab dia belum memeluk Islam. Tiba-tiba melihat persiapan yang
hebat itu, hatinya tergerak memeluk Islam sehingga ia menemui Rasulullah s.a.w.. Ia menjadi Muslim, lalu maju
ke medan perang, sebagai mujahid yang berani. Akhirnya tewas dia dengan
mendapat syahadah yaitu pengakuan sebagai orang yang syahid. Mati membela agama
Allah s.w.t. di medan perang. Maka
syurgalah tempat bagi orang yang memiliki julukan syahid. Rasulullah s.a.w. menjamin syurga bagi orang
seperti Amar ini.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!