Diriwayatkan
bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada
hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada']. Pada
masa itu Rasulullah s.a.w. berada di
Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah
s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan
makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah
s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah
disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang
olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka
bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Setelah Malaikat
Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w.
pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat
beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun
menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para
sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil
berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna."
Apabila Abu
Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu,
maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu
mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a. menangis dari pagi
hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para
sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar r.a.
dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu
menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab
agama kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka
Abu Bakar r.a. pun berkata, "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu
tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahwa apabila sesuatu
perkara itu telah sempurna maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan
turunnya ayat tersebut bahwa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim
dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah mereka
mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sadarlah mereka akan kebenaran
kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan
mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus
memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang
apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah
Abu Bakar r.a. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di
depan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w.
mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau
menuju ke rumah Abu Bakar r.a.. Setelah Rasulullah
s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang
menangis dan bertanya, "Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua
menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata, "Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya
ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang
dikatakan oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku
meninggalkan kamu semua telah dekat".
Setelah Abu
Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w.,
maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara
'Ukasyah r.a. berkata kepada Rasulullah s.a.w.,
'Ya Rasulullah, waktu itu saya anda
pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja
memukul saya atau hendak memukul unta baginda." Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata
kepada Bilal r.a., "Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan
tongkatku ke mari." Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah
sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk
dibalas [diqishash]."
Setelah Bilal
sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian
Fathimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di pintu?." Lalu
Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau.
"Kemudian Fathimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta
tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk
diqishash." Bertanya Fathimah r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah
manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah
s.a.w.?" Bilal r.a. tidak menjawab pertanyaan Fathimah r.a.,
Setelah Fathimah r.a. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa
tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah Rasulullah s.a.w. menerima
tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun menyerahkan kepada 'Ukasyah.
Melihatkan hal
yang demikian maka Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. tampil ke depan sambil berkata:
"Wahai 'Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah
s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. maka dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar
duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua." Kemudian Ali r.a. bangun,
lalu berkata, "Wahai 'Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di
samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu
pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah
s.a.w." Lalu Rasulullah s.a.w.
berkata, "Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi
hatimu." Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai
'Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami
sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w."
Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w.
pun berkata, "Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah pukullah
saya kalau kamu hendak memukul."
Kemudian
'Ukasyah berkata: "Ya Rasulullah s.a.w.,
anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah
semua yang hadir. Setelah 'Ukasyah melihat tubuh Rasulullah
s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, "Saya tebus anda
dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w.,
siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya
ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah
s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah
s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu" Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, "Dengarlah kamu
sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata,
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah
memperolehi derajat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah
s.a.w. di dalam syurga."
Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun
memanggil para sahabat ke rumah Aisyah r.a. dan beliau berkata: "Selamat
datang kamu semua semoga Allah s.w.t.
mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa
kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala
perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir
dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau
telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas
hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya.
Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua
menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu
memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku
dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku.
Pertama yang akan mensholatkan aku ialah Allah
s.w.t., kemudian yang akan mensholat aku ialah Jibril a.s., kemudian
diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat
lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua
masuk bergantian secara berkelompok bersholat ke atasku."
Setelah para
sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun
menangis dengan nada yang keras dan berkata, "Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang
diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan
dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila
anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang
timbul nanti?." Kemudian Rasulullah s.a.w.
berkata, "Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan
yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua
dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam
sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran
dan yang diam itu ialah maut.
Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu
semua kembali kepada Al-Quran dan
Hadis-ku dan sekiranya hati kamu
itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati."
Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering
diziarahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan
wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah
s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. menyelesaikan azan subuh,
maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah
s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a. di rumah Rasulullah
s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam, "Assalaarnualaika ya Rasulullah." Lalu dijawab oleh Fathimah r.a.,
"Rasulullah s.a.w. masih sibuk
dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar penjelasan dari
Fathimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata
Fathimah r.a. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi
sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w.
dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal r.a. telah di dengar
oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, "Masuklah wahai
Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu
Bakar mengimamkan sholat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir."
Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w.
maka Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata: "Aduh musibah."
Setelah Bilal r.a.
sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang
telah Rasulullah s.a.w. katakan
kepadanya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar
kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh
pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam
masjid, sehingga Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah r.a.; "Wahai Fathimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fathimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah
s.a.w. memanggil Ali r.a. dan Fadhl bin Abas r.a., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka
dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah
s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah
s.a.w. pun bersholat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah selesai
solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun
berkata, "Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan
pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu
hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.
dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia
ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari
terakhir aku di dunia." Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau.
Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada
malaikat lzrail a.s., "Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan
sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu
melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya
maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah
kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu
kembali padaku."
Setelah malaikat
lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t.
maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah
malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah
s.a.w. maka ia pun memberi salam, "Assalaamu
alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?"
(Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni
rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah
mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; "Wahai hamba Allah, Rasulullah
s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat."
Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini
seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah
s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Fathimah r.a., "Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu
itu." Maka Fathimah r.a. pun berkata, "Ya Rasulullah,
ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa
anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam
sehingga terasa menggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; "Wahai Fathimah, tahukah kamu
siapakah orang itu?." Jawab Fathimah, "Tidak ayah." "Dia
adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu
syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua
rumah serta meramaikan kubur." Fathimah r.a. tidak dapat menahan air
matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan
berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah
s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata:
"Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail
masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, "Assalamuaalaikum
ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: "Wa alaikas
saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut
ruhku?" Maka berkata malaikat lzrail: "Kedatangan saya adalah untuk
menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau
engkau tidak izinkan maka aku akan kembali." Berkata Rasulullah s.a.w., "Wahai lzrail, di manakah
kamu tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di
langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia." Tidak beberapa lama
kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..
Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s.
maka Rasulullah s.a.w. pun berkata:
"Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat" Berkata Jibril
a.s., "Ya aku tahu" Rasulullah s.a.w.
bertanya lagi, "Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang
menggembirakan aku disisi Allah s.w.t"
Berkata Jibril a.s., "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah
dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu."
Berkata Rasulullah s.a.w.:
"Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat
nanti." Berkata Jibril a.s., "Allah
s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,"Sesungguhnya
aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk
terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum
umatmu memasuki syurga."
Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang
aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai lzrail,
mendekatlah kamu kepadaku." Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai
tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata
beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah
s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka
melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat
wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?" Anas bin Malik r.a. berkata:
"Apabila ruh Rasulullah s.a.w.
telah sampai di dada beliau telah bersabda,"Aku
wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga sholat dan apa-apa yang telah diperintahkan
ke atasmu."
Ali r.a.
berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika
menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua
kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah
s.a.w. berkata: "Umatku, umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad,
sesungguhnya Allah s.w.t. telah
menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan
yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan
dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut
akan menjadi batu."
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!