Ummu ‘Umarah r.ha atau dikenal juga
sebagai Ummu Sulaim r.ha telah dirahmati dengan berbagai kehormatan,
diantaranya adalah kehadiran beliau di Uhud, al-Hudaibiyyah, Khaibar, Hunain,
dan Perang Yamamah. Namun peranan beliau yang paling mulia adalah ketika Perang
Uhud.
Ummu ‘Umarah r.ha telah menyertai
peperangan tersebut bersama suaminya, Ghaziya, berserta dua orang anak
laki-laki beliau. Tugas yang dipertanggung jawabkan atas beliau adalah untuk
memberi air kepada para Mujahid yang cedera. Akan tetapi Allah Swt telah
menetapkan satu peran yang lebih besar dan mulia untuk beliau. Maka beliau pun
mengatur langkah bersama-sama dengan keluarga beliau dengan sebuah Qirbah (tempat air terbuat dari
kulit kambing) untuk mengisi air. Mereka tiba di medan perang pada awal pagi
hari. pasukan Islam, ketika itu, sedang menguasai peperangan dan beliau pergi
melihat keadaan Rasulullah Saw. Pada saat yang bersamaan sejumlah pasukan Islam
telah membuat satu kesilapan yang teramat besar – melihat pasukan Quraisy
mundur, mereka mulai berlari-berkejaran mendapatkan harta-benda rampasan
perang, dan melanggar perintah Rasulullah Saw supaya tetap di posisi mereka di
atas bukit.
Khalib bin Walid, (yang ketika itu belum lagi
memeluk Islam), ketika melihat benteng pertahanan yang telah terbuka itu
kemudian memimpin serangan balasan atas pasukan Islam. Kemenangan peperangan
beralih kepada pihak Quraisy. Dalam suasana kalang kabut itu, banyak dari
kalangan pasukan Islam panik dan mundur, meninggalkan Rasulullah Saw
bersama-sama sekumpulan kecil para Sahabat r.huma. Dikalangan mereka ini
termasuklah Ummu ‘Umarah r.ha.
Melihat ramai dari kalangan pasukan Islam
yang mundur, Ummu ‘Umarah r.ha kemudian berlari ke arah Rasulullah Saw dan
mengangkat senjata demi mempertahankan baginda Saw, bersama-sama dengan suami
dan kedua anak lelakinya. Rasulullah Saw menyadari yang Ummu ‘Umarah r.ha
tidak mempunyai perisai kemudian baginda Saw memerintahkan kepada salah seorang
dari mereka yang sedang mundur supaya memberikan perisainya kepada Ummu
‘Umarah r.ha yang sedang bertarung. Setelah mendapat perisai tersebut,
Ummu ‘Umarah r.ha mempertahankan Rasulullah Saw menggunakan busur, anak
panah, dan juga pedang.
Ummu ‘Umarah r.ha diserang oleh pasukan
berkuda tetapi beliau tidak sekalipun gentar atau merasa takut. Beliau kemudian
telah berkata, “Apabila mereka itu tidak berkuda seperti kami, niscaya telah
kami hancurkan mereka, insya-Allah.” Abdullah ibn Zayed, anak lelaki beliau,
telah mengalami cedera ketika peperangan tersebut. Lukanya itu mengeluarkan
darah banyak sekali. Ibunya berlari kepadanya dan membalut lukanya itu.
Kemudian Ummu ‘Umarah r.ha memerintahkan anak lelakinya itu, “Majulah dan
perangi mereka, anakku!”
Rasulullah Saw mengagumi semangat pengorbanan
beliau dan telah memuji beliau, “Siapakah yang dapat menanggung apa yang kamu
mampu tanggung, Ummu ‘Umarah!”
Tiba-tiba lelaki yang telah melukai anak
lelakinya mendekat dan Rasulullah Saw berkata kepada beliau bahwa inilah lelaki
yang melukai anaknya. Ummu ‘Umarah r.ha dengan berani menantang lelaki
tersebut, yang menurut anak Ummu ‘Umarah r.ha sendiri, adalah seperti
pohon perdu yang besar. Ummu ‘Umarah r.ha berhasil melukai kaki musuhnya
itu, menjatuhkannya sehingga berlutut. Rasulullah Saw tersenyum sehingga
menampakkan gigi baginda Saw dan berkata, “Kamu telah membalasnya, Ummu
‘Umarah!”
Setelah lelaki tersebut dibunuh, Rasulullah
Saw kemudian berkata “Segala puji bagi Allah Swt yang telah memberikan kamu
kemenangan dan menggembirakan kamu atas musuh kamu dan mengizinkan kamu dapat
menuntut balas.”
Pada satu ketika, Rasulullah Saw tertinggal
seorang diri. Melihat peluang keemasan itu, pihak musuh, Ibn Qumay’a segera
menyerang Rasulullah Saw sambil menjerit “Tunjukkan Muhammad padaku! Aku takkan
selamat sekiranya dia diselamatkan!”.
Kemudian Mus’ab ibn ‘Umayr r.a, bersama-sama
dengan beberapa orang sahabat yang lain, bergegas mempertahankan Rasulullah
Saw. Ummu ‘Umarah r.ha yang turut bersama-sama dengan mereka terus menebas
musuh Allah Swt itu, walaupun dia memakai dua lapis baju besi. Ibn Qumay’a
berhasil melukai bagian leher Ummu ‘Umarah r.ha, dan meninggalkan luka yang
parah. Rasulullah Saw terus memanggil anak lelaki Ummu ‘Umarah r.ha,
memerintahkannya membalut luka ibunya sambil mendo’akan kerahmatan dan
kesejahteraan atas mereka dan menyatakan kemuliaan mereka.
Ummu ‘Umarah r.ha ketika menyadari bahwa
Rasulullah Saw menyukai kesungguhan dan keberanian beliau, kemudian meminta
Rasulullah Saw supaya berdo’a agar mereka dijadikan Allah Swt di kalangan
sahabat-sahabat Rasulullah Saw di syurga nanti. Setelah Rasulullah Saw berdo’a,
Ummu ‘Umarah r.ha kemudian berkata, “Aku tidak pedulikan apa saja yang
menimpaku di dunia ini!”
Pada hari tersebut, Ummu ‘Umarah r.ha
menerima tiga belas luka dan luka di lehernya yang terpaksa dirawat selama
setahun.
Beliau kemudiannya juga menyertai Peperangan
Yamamah, dimana beliau menerima sebelas luka dan kehilangan tangan. Keberanian
Ummu ‘Umarah r.ha menyebabkan semua para Sahabat r.huma menghormati
beliau, terutama para Khalifah yang akan mengunjungi beliau dan senantiasa
memperhatikan keadaan beliau. Umar ibn Khattab r.a telah menerima kain-kain sutera
yang sangat bagus buatannya. Salah seorang yang berada disitu berkata bahwa
kain tersebut sangat mahal dan Umar Ibn Khattab r.a sebaiknya memberikannya
kepada isteri Abdullah ibn Umar r.a, Safiyya bint Abu ‘Ubayd.
Umar Ibn Khattab r.a walau bagaimanapun tidak
mau memberikan kain tersebut kepada menantunya. “Ini adalah sesuatu yang tidak
akan kuberikan kepada ibn Umar. Aku akan berikan kepada seseorang yang lebih
berhak atasnya – Ummu ‘Umarah Nusayba bint Ka’b r.ha.”
Umar Ibn Khattab r.a kemudian menceritakan
bagaimana ketika Peperangan Uhud, beliau mendengar Rasulullah Saw berkata bahwa
apabila baginda Saw melihat ke kiri maupun ke kanan, baginda melihat Ummu
‘Umarah r.ha sedang bertarung dihadapan baginda Saw.
Inilah kehidupan Ummu ‘Umarah r.ha, pejuang
yang tetap berdiri ketika ramai banyak yang mundur, yang menyuruh anaknya yang
cedera parah kembali menyertainya dalam peperangan yang sengit, dan yang siap
menggadaikan nyawanya demi menyelamatkan Rasulullah Saw. Sebagai balasan,
beliau menerima do’a agar dijadikan di kalangan sahabat Rasulullah Saw kelak di
syurga.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Tuliskan Komentar, Kritik dan Saran SAHABAT Disini .... !!!